Assalamualaikum,
uols merujuk pada program Semanis Kurma malam tadi, ini adalah beberapa rumusan yang dapat dibuat berdasarkan perbincangan Ust.Bahyah n suami serta Dato' Dr. Fazilah (Kaunselor):
1.Adab Perigi Mencari Timba
di dalam islam ada menerangkan tidak salah perempuan utk meminang lelaki, tapi haruslah dilakukan dengan bantuan org tengah.
realiti: kalo kita minat kat seseorang lelaki tu, jangan terus cakap kat dia "saya suka awak" takut lelaki tu tekejut n terus lari...jadi gunakan khidmat orang tengah utk smpi kan hint pada HIM <-- ikut cth saidatina khadijah...
2. Elakkan 4P
di dalam islam terdapat batas2 antara 2 insan iaitu kita haruslah JANGAN:
1. PANDANG lebih²
2. PEGANG lebih²
3. PELUK²
4. PENZINAAN
dalam erti kata lain, elakkan keluar berdua2an tgk wayang, sampai malam2...kalau dah asik kua bersama eloklah ambil jalan yang lebih baik, bernikah...aduuuuhhhh yang ini aku tersentap!!hahaahhaa
3. Doa Elakkan Sihir
kadang² jodoh utk kita dah ada, tp mgkn ada yang dengki or iri hati ngan kita, menggunakan sihir ke atas kita supaya jodoh kita terhalang, jadi ustazah ada bagi doa elakkan sihir...amalkan, mana la tau....kita tidak menuduh sape²
Doa tersebut ialah:
1. surah al-baqarah ayat 102 dan ayat 255
2. surah al-araf ayat 117-122
3. surah yunus ayat 81-82
4. Doa Diringankan/Dpermudahkan JODOH
hehehe part ni aku paling suka....amalkan ayat2 ini ya...yg nombor tiga tu elok amalkan even da kawin supaya sentiasa ada kasih syg antara suami dan isteri....
1. surah yusuf ayat 4
2. surah al-anbiya' ayat 89
3. surah toha ayat39
amalkan selalu setiap masa semoga dpermudahkan dan dilicinkan urusan jodoh bagi kita semua..aminnn
5. Ingatan Lain
sukacita ustazah dan ahli panel mengingatkan, sebagai seorang muslimah, kita haruslah menjaga pakaian kita supaya tidak menjolok mata spy tidak menjadi tatapan yang membawa kepada 4P tersebut, jaga percakapan, jaga gaya kita, jangan berdua²an, elakkan fitnah, bila kita ada minat seseorang, gunakan khidmat org tengah dan jangan OVER bak kata deme GEDIXXX lelaki tak suka~~
aduhhhh terkena sebijik2...jadi pasni kita jangan cakap gedix2,lentok2, cakap kene lembut ala2 berbisik gitu hahaa, jangan kua tgk wayang/karok bedua, spy tidak menimbulkan fitnah
semoga semua pesanan ini menjadi ingatan dan panduan utk kita menjadi muslimah yang lebih baik... aminnnn
wallahu'alam
::tidak akan kau berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari..umar al-khattab::
Media Sosial Ibarat Bilik Sewa
3 months ago


