Monday, June 18, 2012

Ya Rabb, permudahkanlah, jangan disusahkan..

assalamualaikum,

alhamdulillah...Allah bagi lagi kekuatan dan ruang bagi hambaNya ini meneruskan nafas di bumi ciptaanNya..tanpa disedari, masa menganjak usia, banyak yg dlalui dan tanpa disedari semua ini menambahkan ilmu tanpa kita sedari...

ilmu Allah bagi, syukuri dan amalkan sebaiknya..

dalam bulan ini alhamdulillah bertambah setahun lagi umur sang puteri, semoga semacam mana bertambahnya umur, bertambah juga ilmu dan iman di dada dan semoga semakin hari semakin dekat dengan Nya..amin

seperti biasa, ada kala tersadung kaki ketika berjalan, terbatuk ketika tertawa, tersedu ketika bicara..begitulah hidup...adakala ceria dan sebalik ceria tersimpan seribu satu cerita yang hanya Allah tahu segalanya...tapi Allah maha adil, dihadiahkan pelangi selepas hujan, disinari nya bumi dengan matahari selepas kegelapan dan diberikan senyuman selepas tangisan... setiap yang jadi ada hikmahNya dan sesungguhnya cubalah juga untuk tersenyum walau hati terguris luka...sedangkan charlie chaplin juga manusia biasa yang zahirnya menghiburkan mentertawakan insan tetapi di sebaliknya..kita tak pernah teringat kan?tapi terkenang katanya

 "SMILE THOUGH YOUR HEART IS BREAKING, SMILE THOUGH YOUR HEART IS ACHING"

so try to smile and forget..some people say forgive and forget...though its hard, yet, try at your best..Allah knows everything..."CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, JANGANLAH HILANG ALLAH DARI KITA"

sang puteri dan bonda insyaAllah akan menjadi tetamu Mu ya Rabb..lapangkanlah dan lancarkanlah laluan kami, dan restuilah kami sebagai tetamuMu dan luaskanlah rezeki bagi kami umat Mu ya Rabb..semoga semuanya berjalan lancar dan semoga segala dugaan ini tidak akan melalaikan dan melemahkan ku, biar segala ini merupakan hadiah terbesar yang menantiku ya Rabb..aku tahu, banyak dosa hambaMu ini semoga diampunkan dan masih diberi ruang utk bernafas dan mendekatkan diriku padaMu..semoga segala hajat dan doa kami dapat ku sampaikan dan laksanakan dengan baik...berikan ku kekuatan ya Rabb..dan hanya Kau yang mengetahui segala ang terjadi di langit dan di bumi..tersirat maupun yang tersurat...Ya Rahman Ya Rahim...amin~

memang menangis juga perlu, tetapi jangan sampai kita lupa kita ada penjaga kita, tempat kita mengadu, Allah yang satu...*gambar sekadar hiasan*



Monday, March 26, 2012

takut atau ego?

apabila si lelaki cuba menghulur salam sebuah persahabatan pd si perempuan, diterima tanpa ragu. tapi agak pelik kiranya mengapa sentiasa si perempuan yg perlu memula langkah?dan si lelaki pula adakalanya meminta si perempuan mula dahulu...bukankah fitrah telah Allah jadikan si perempuan itu penuh dengan sifat2 pemalu dan reserved? bagaimana pula dengan konsep 'test market' dan kemudian si lelaki membuka topik di kalangan sahabat mereka menceritakan perihal perempuan itu? akhirnya, siapa yg nampak mulia dan siapa pula yang kononnya dipuja??

apa yg cuba disampaikan dan apakah hasil yg cuba dibuktikan?

wallahualam..
semoga Allah sentiasa melindungiku dan mengingatkan ku amin...